5 Tips Buat Nota Impactful dan Kekal Lama Dalam Ingatan

5-Tips-Buat-Nota-Impactful-dan-Kekal-Lama-Dalam-Ingatan-Cikgu-Akin-SPMFlix-CMN-Digylearn-Prinsip-Perakaunan-SPM

“Cikgu, saya dah buat nota banyakkk… tapi kenapa tak ingat pun masa exam?” Kalau awak pun rasa macam ni, mungkin nota yang dibuat tu tak sesuai dengan gaya belajar awak. Ramai pelajar rajin salin nota, tapi tak tahu cara buat nota yang berkesan dan kekal lama dalam ingatan.

5 Tips Buat Nota Impactful dan Kekal Lama Dalam Ingatan

Bukan sekadar cantik di mata — tapi juga senang difahami dan cepat diingati. Semua tips ni boleh terus diguna pakai bersama pendekatan akaun visual, terutamanya bagi pelajar SPM.

1. Guna Simbol, Warna dan Ruang Kosong

Otak manusia lebih cepat tangkap simbol dan warna, berbanding tulisan biasa.

Contoh :

  • Guna pen / highlighter Merah = Belanja, Biru = Aset, Hijau = Hasil
  • Guna ikon ringkas = 💸 untuk tunai, 🏠 untuk aset
  • Tinggalkan ruang kosong antara isi penting supaya tak serabut

Dalam dunia visual, teknik ni dipanggil visual mapping – info penting dipecahkan kepada kotak-kotak kecil yang mudah discan mata.

2. Ringkaskan Ayat & Gunakan Bahasa Sendiri

Nota bukan tempat nak tulis balik buku teks. Pelajar perlu olah semula isi dalam ayat sendiri berdasarkan kefahaman sendiri.

Cara :

  • Tukar ayat panjang ➝ ringkas dan padat
  • Gunakan istilah = awak sendiri senang faham
  • Contoh : “Aset = benda syarikat miliki yang ada nilai”

Nota akaun visual banyak guna bahasa mudah dan formula tersendiri seperti :

  • Aset + Belanja = Debit,
  • Hasil + Liabiliti + Ekuiti = Kredit

3. Guna Format Visual (Carta, Peta Minda, Jadual)

Jangan sekadar tulis ayat berderet. Tukar pada carta mudah atau peta minda supaya lebih tersusun dan senang nampak comparison.

Contoh :

  • Carta ringkas : Jenis Akaun ➝ Aset / Liabiliti / Ekuiti / Hasil / Belanja
  • Jadual banding beza antara debit & kredit
  • Peta minda untuk topik panjang seperti Kelab Persatuan

Nota dalam akaun visual memang berasaskan format macam ni — sebab tu pelajar kata “cepat faham!

4. Selitkan Soalan Cepat Jawab Dalam Nota

Nota yang bagus bukan untuk dibaca sahaja — tapi untuk uji diri sendiri!

Tambahkan soalan ringkas :

  • “Apa kesan jika aset bertambah?”
  • “Catatan untuk belanja dibayar awal?”
  • “Kesan apabila Akaun Semasa berbaki debit?”

5. Gabung Nota Visual Dengan Cerita Ringkas

Ini teknik yang sangat membantu pelajar visual & emosi.

✅ Daripada sekadar tulis “Aset bertambah = debit”, ubah jadi mini cerita :

Ali beli laptop RM3,000 untuk bisnesnya menggunakan tunai peribadinya sendiri.”

➝ Jadi, laptop (Aset) bertambah ➝ debit RM3,000
➝ Modal (Ekuiti Pemilik) bertambah ➝ kredit RM3,000

Cerita ringkas bantu pelajar bayangkan situasi sebenar. Dalam akaun visual, banyak nota disampaikan dalam bentuk “transaksi ilustrasi, berwarna” supaya pelajar lebih senang kaitkan dengan realiti.

Penutup

Nota yang berkesan bukanlah yang paling cantik atau paling tebal — tapi yang paling membantu otak kita hadam dan ingat info penting!

Setuju?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *