6 Kesilapan Belajar Akaun Pelajar Selalu Buat

6 Kesilapan Belajar Akaun Pelajar Selalu Buat

“Cikgu, saya dah baca buku akaun banyak kali, tapi tetap tak faham…” Itulah ayat biasa Cikgu Akin dengar dari student. Tapi bila diberi nota infografikkad akaun visual atau berwarna atau diajar dengan aktiviti, terus nampak sinar dalam mata! ✨

6 Kesilapan Belajar Akaun Pelajar Selalu Buat

Ramai student sebenarnya boleh faham Prinsip Perakaunan, cuma mereka tersangkut sebab masih guna cara belajar yang salah. Dalam artikel ini, Cikgu Akin nak bongkarkan 6 kesilapan utama pelajar semasa belajar akaun – dan macamana akaun style visual ni boleh bantu student belajar lebih mudah.

1. Hafal Tanpa Faham Konsep

Ramai student suka hafal debit kredit seperti hafal lagu. Tapi akaun bukan hafalan semata-mata – ia perlu pemahaman konsep.

Solusi AV :
Kad warna, carta aliran & ilustrasi bantu student nampak pergerakan wang dengan jelas. Bukan sekadar baca, tapi faham macam mana duit “bergerak” dari satu akaun ke akaun lain.

2. Tak Kenal Jenis Akaun

“Aset tu apa?” “Ekuiti kena letak sebelah mana?”
Ini antara kekeliruan asas student. Bila tak kenal jenis akaun, terus keliru nak catat.

Solusi AV :
Gunakan Kad Akaun Visual yang ada simbol & warna khas untuk Aset, Liabiliti, Belanja, Hasil dan Ekuiti.

(Kredit : Cikgu Akin)

3. Tersilap Kedudukan Debit & Kredit

Kesilapan normal : Semua akaun nak diletak belah debit, konon “debit adalah masuk, kredit adalah keluar.” 😅 Tapi sebenarnya, setiap akaun ada tempat asal untuk tambah dan tolak.

Solusi AV :
Gunakan grafik / lukisan T-Account semasa belajar topik Debit Kredit. Dalam buku BADLEH XPRESSGO  ada 100 koleksi contoh soalan untuk student belajar dan fahamkan topik Debit vs Kredit.

akaunvisual cmn digylearn prinsip akaun spm

👉 Youtube : How to Master Debit vs Credit using these book

4. Tak Buat Latihan Pengukuhan Susulan

Ramai student asyik baca nota teori, tapi tak buat latihan berbentuk visual dan aplikasi. Sedangkan otak kita jenis cepat tangkap gambar, warna dan susunan.

Solusi AV :
Dalam Modul Akaun Visual, student bukan hanya jawab soalan, tapi ada aktiviti bermisi berbentuk lukisan, padankan dan pindahkan akaun. Kaedah ini sesuai untuk student kinestetik & visual learner.

5. Belajar Last Minute Sebelum Exam

Akaun bukan subjek yang boleh difahami sehari sebelum exam. Bila last minute, semua nampak macam “rojak”. Bila buat latihan, tak dapat jawapan, end up “hantam sajalah..”

Solusi AV :
Gunakan planner belajar akaun visual – bantu student susun ulang kaji ikut topik. Teknik ini buat student rasa lebih tenang dan bersedia.

6. Tak Tahu Mana Nak Mula

Bila student lemah akaun, mereka rasa terlalu banyak nak dikejar. Akhirnya… tak mula langsung 😢

Solusi AV :
Mula Step by Step guna Kit Akaun Visual yang direka khas untuk student yang bermasalah akaun. Modul ini Cikgu Akin susun ikut tahap, dari asas → praktikal → penyata. Boleh guna sendiri di rumah atau dalam kelas.

Hanya perlu pilih bahan yang sesuai. Ada jenis buku, kit dan E-Learning.

=====================

Dalam 5 tahun belakangan ni, Cikgu Akin dapat banyak permintaan Crash Course dan Class last minit. Ada yang 3 hari before exam baru nak ulangkaji. Ayoyoo 😢 Time2 kritikal macam tu biasanya schedule cikgu sangat full. Tapi, kesian dengan student. Tapi, kenapa last minute. Tapi, nak tolong. Tapi, tak ada masa. Banyaknya tapi…

Jadi, selain Cikgu Akin bantu melalui Live berterusan di TikTok, Cikgu decide untuk develop Modul E-Learning Akauntactic. Khas untuk awak yang nak buat self study dengan soalan-soalan asas, sederhana dan KBAT dengan bantuan video. Finally!

Penutup

Sebenarnya, student kita boleh faham akaun — cuma perlu gaya belajar yang sesuai dengan otak mereka. Bila kena caranya, student akan mula enjoy dan rasa “seronoknya belajar Akaun!”.

Akhir kata — prinsip akaun itu logik, bukan hafalan. Bila student rasa seronok, semua jadi lebih mudah.

Baca lagi :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *