7 Strategi Mengajar Akaun Pelajar Slow Learner & Mild Autism

7 Strategi Mengajar Akaun Pelajar Slow Learner cikgu akin akaun visual prinsip perakaunan spm spmflix cmn digylearn

Saya percaya setiap pelajar berhak untuk belajar dan faham Prinsip Akaun, tak kira cepat atau lambat. Laju atau perlahan. Kadang, kita cikgu ni terlalu terikat dengan silibus dan masa terhad. Sampai lupa bahawa setiap pelajar tu unik. Lagi mencabar bila mengajar pelajar yang tergolong dalam slow learner dan ada ciri mild autism.

7 Strategi Mengajar Akaun Pelajar Slow Learner & Mild Autism

Dengan strategi yang betul, prinsip akaun bukan lagi mimpi ngeri untuk mereka. Dalam artikel ni, saya nak kongsi 7 strategi yang saya sendiri guna dalam kelas bersama dengan beberapa pelajar akaun saya.

1. Gunakan Visual Secara Konsisten

Pelajar slow learner dan mild autism sangat responsif terhadap rangsangan visual. Cuba guna carta, warna, simbol, atau rajah. Guna flashcard yang comel-comel pun boleh bantu.

Dalam Kit Debt House, ada 40 item situasi yang membantu pelajar untuk faham item yang menambah / mengurangkan hutang.

Contoh : Bila ajar persamaan perakaunan, boleh guna lukisan perniagaan — kiri aset, kanan liabiliti dan ekuiti. Biar pelajar nampak dan sentuh.

debt house rumah hutang akaun kawalan cikgu akin cmn digylearn prinsip perakaunan spm spmflix nota prinsip akaun

– Perkongsian dari Cikgu Shahida –

2. Pecah Topik pada Langkah Kecil

Jangan sumbat satu topik sekaligus.

Pecahkan. Ajar satu konsep, ulang.

Bila dah nampak faham, baru pergi ke langkah seterusnya.

Prinsip akaun adalah tentang pola. Bila pelajar nampak pola, mereka akan lebih yakin.

Contoh : Masa ajar debit dan kredit — jangan terus ajar semua jenis akaun. Mula dengan dua je dulu. Contohnya, aset dan liabiliti. Bila dah stabil, baru tambah hasil, belanja. Kemudian, baru tambah penerangan ekuiti pemilik.

cikgu akin prinsip akaun kit accounting visual kit akaun visual Strategi Mengajar Akaun Pelajar Slow Learner & Mild Autism

3. Strategi Sentuhan & Aktiviti Fizikal

Ramai pelajar mild autism belajar melalui pergerakan.

  • Kita boleh guna aktiviti yang ada elemen sentuhan atau bergerak
  • Aktiviti pindah kad akaun / task card, susun carta.
  • Buat aktiviti berkumpulan kecil / mini group yang membantu mereka fokus.

Kalau guna Trikay Kit (3K), bahagian “Kad Tugasan Debit Kredit” memang direka khas untuk aktiviti sentuhan.

4. Beri Masa Lebih – Respon & Ulang

Pelajar slow learner perlukan lebih masa untuk proses maklumat.

  • Jangan cepat tukar slide atau terus pindah ke topik lain
  • Lepas ajar satu perkara, beri mereka peluang untuk fikir
  • Boleh juga rekodkan video pengajaran dan beri mereka tonton semula

Bila mereka jawab lambat, bukan sebab tak tahu, tapi sebab mereka perlukan masa untuk susun ayat.

Dalam cikguakin.com/edushop, saya ada sediakan Video Penjelasan Visual Debit Kredit (Teknik 3K) yang boleh dijadikan ulangkaji kendiri.

Baca : Penting ke Pelajar Perlu Disiplinkan Masa?

5. Strategi Cerita & Analogi

Ajar prinsip akaun macam tengah bercerita.

Contoh : “Perniagaan ibarat sebuah rumah. Duit dalam bank tu macam tong air. Bila kita guna duit, tong tu menyusut. Bila orang bayar, tong tu penuh balik.

Analogi bantu pelajar mild autism faham situasi dengan lebih baik.

Bengkel Prinsip Akaun Tuisyen Akaun Cikgu Akin Seminar Akaun SPMFlix CMN Academy Strategi Mengajar Akaun

6. Jadual Visual & Checklist

Pelajar slow learner mudah hilang fokus bila tak tahu apa langkah seterusnya.

Jadi, cikgu boleh bantu dengan beri mereka jadual ulangkaji visual, checklist semak topik, atau tracker yang mereka boleh tanda sendiri.

Nak lebih mudah, boleh muat turun Planner Study Budak Akaun A+ dan Tracker Ulangkaji SPM secara percuma. Sesuai untuk pelajar dan guru.

7. Cipta Ruang Selamat & Galakan Positif

Ini paling penting. Pelajar takkan buka mulut kalau dia rasa takut silap.

Sentiasa beri galakan. Walaupun jawapan salah, cari sudut yang betul dan puji dulu.

Bila pelajar rasa dihargai, mereka akan berani mencuba. Trust me. Ini sangat membantu untuk motivate pelajar. Boleh juga wujudkan ruang “soalan tanpa malu” dalam kelas — satu kotak khas pelajar boleh masukkan soalan tanpa nama.

cikgu akin prinsip akaun kit akaun visual poket pelarasan Strategi Mengajar Akaun Pelajar Slow Learner & Mild Autism

Penutup : Prinsip Akaun Bukan untuk Pelajar Pandai Sahaja

Saya tahu cikgu-cikgu sangat penat, tapi kita semua ada satu misi yang sama — bantu pelajar kita faham prinsip akaun dan pastikan mereka mampu berjaya. Kita cuba sama-sama ya 🥰

Bila kita mula faham cara student belajar, kita tak akan paksa mereka ikut cara kita, tapi kita akan bimbing ikut rentak mereka.

Jika cikgu nak bahan bantu yang mudah terus guna, cikgu boleh tengok Kit Akaun Visual dan eBook Debit Kredit Untuk Pelajar Lemah yang saya sediakan di AkaunVisual.Com. Semua disusun khas untuk bantu pelajar yang perlahan, visual, dan cepat hilang fokus.

Akhir kata — prinsip akaun itu logik, bukan hafalan. Bila pelajar rasa seronok, semuanya jadi lebih mudah.

Baca artikel :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *