Study Smart vs Study Hard : 5 Tips Bantu Pelajar Rancang Masa & Tenaga Menjelang SPM

5-Tips-Bantu-Pelajar-Rancang-Masa-Tenaga-Menjelang-SPM-cikgu-akin-akaun-prinsip-akaun-SPMFlix-seminar-sekolah

Ramai pelajar ingat, nak pandai kena belajar 10 jam sehari. Tapi….. kalau cara belajar tak betul, belajar sejam pun boleh “jemm..”. Jom, Cikgu Akin nak share 5 Tips Bantu Pelajar Rancang Masa & Tenaga Menjelang SPM. Percayalah, bila kita belajar dengan strategi, bukan dengan tekanan — barulah otak kita mampu “hadam” ilmu betul-betul 🧠

5 Tips Bantu Pelajar Rancang Masa & Tenaga Menjelang SPM

Bukan sekadar mudah tapi ianya praktikal! — Semua tips ni boleh terus diguna pakai bersama pendekatan akaun visual terutamanya bagi pelajar SPM.

1. Always Unlearn, Learn & Relearn

Betul ke nak jadi pandai, kena belajar 10 jam sehari?

MITOS! Sebab pelajar bijak, dia fokus & tahu strategi.

✅ Pelajar bijak adalah pelajar yang tahu :

  • Apa nak diulang kaji, bukan sekadar ulang semua benda
  • Pilih topik utama, buat latihan ringkas & faham konsep — bukan hafal semata-mata
  • Tahu subtopik tertentu untuk fokus dalam masa tertentu, bukan belajar 24 jam non stop
  • Unlearn & Learn. Fokus sesi 1 jam bersama guru dalam kelas
  • Relearn. Buat praktis & latihan. Buat nota di hari yang sama

➡️ Keyword : Belajar tak perlu jumlah jam yang banyak. Tapi, singkat dan padat. Konsisten hari-hari.

➡️ Challenge : Tulis One Point Lesson. Selesai ulangkaji, tulis 1 hal yang kita pelajari hari ini.

2. Mulakan Dengan Soalan, Bukan Nota

Antara tips study paling power.

Instead of fokus baca semua nota ikut topikal dari awal hingga akhir. Caranya fokus pada soalan! Supaya kita terus fokus pada jawapan atau cara menjawab yang tepat.

Caranya :

  • Fokus sedia / tulis nota berdasarkan soalan objektif
  • Fokus teknik / cara menjawab berdasarkan soalan subjektif

Teknik ni juga sesuai kalau pelajar study gunakan Nota Penyata Akaun Visual (PAV) sepanjang sesi ulangkaji. Pelajar boleh lihat, rujuk dan faham secara visual — lebih seronok dan lebih mudah ingat!

nota pav penyata akaun visual cikgu akin akaun visual spmflix cmn digylearn prinsip perakaunan spm

3. Guna Kaedah Pomodoro Efektif!

Kaedah Pomodoro ni bukan nama makanan Itali ya 😄 — tapi satu strategi belajar yang bantu pelajar kekal fokus tanpa stres.

✅ Konsepnya mudah :

  • Belajar 25 minit penuh fokus
  • Rehat 5 minit
  • Ulang 4 kali, kemudian ambil rehat panjang 15-20 minit

Sebagai pelajar SPM, ini antara tips study yang boleh ubah suasana sesi ulangkaji awak. Awak takkan rasa tertekan dan lebih mudah kawal masa belajar, masa bermain, masa reward diri dan masa leisure.

4. Rancang Masa Dengan “Study Priority Board”

Kalau awak asyik kata :

“Banyak nak baca!”
“Tak tahu nak mula mana dulu.”
“Dah study pun rasa macam banyak lagi tak study!”

Perkenalkan ‘Study Priority Board’.
Ia papan perancangan mudah — boleh dibuat guna kertas A4, whiteboard kecil atau template digital.

✅ Bahagi kepada tiga bahagian :

  1. Topik Aku Lemah Gila 😅
  2. Topik Aku Boleh, Tapi Perlu Ulang!
  3. Topik Aku Dah Power 💪

Cara ni cukup membantu awak fokus subtopik yang betul-betul awak yakin dan topik yang masih perlukan guideline. Yes! Ini membantu awak susun masa ikut keutamaan, bukan ikut emosi.

Cikgu yakin awak pasti jadi lebih confident from day to day. Dan awak akan lebih yakin menjelang hari-hari SPM!

5. Q&A di Akhir Sesi sebagai Mini Self Revision

Bahagian paling best di setiap sesi group discussion? Q&A! 🎤

Ini bukan sekadar tempat soal jawab— tapi ruang untuk awak “semak kefahaman awak dan kawan-kawan dengan cara fun.”

Antara tips discussion yang berkesan ialah ubah sesi Q&A jadi mini revision.

Contohnya :

  • Quiz lightning round — Siapa jawab betul dulu, dapat markah bonus.
  • Mentor / study buddy tanya soalan tricky / soalan random — Tengok siapa masih ingat.

Q&A macam ni bukan saja bantu awak ingat balik topik, tapi juga buat awak lebih yakin menjawab exam nanti.

Penutup

Belajar bukan tentang siapa paling lama duduk depan buku — tapi siapa paling pandai rancang masa dan fokus pada yang penting. Kerana bila belajar dengan bijak, barulah betul-betul Study Smart, Not Hard. 💛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *