Masalah utama ramai pelajar SPM ialah tak tahu teknik ulang kaji yang sesuai dengan otak sendiri. Terutama dalam subjek Prinsip Perakaunan yang banyak konsep, logik dan susunan maklumat.
5 Tips Ulang Kaji Akaun Mudah & Berkesan!
Dalam artikel ni, Cikgu Akin nak share Tips ulang kaji Akaun yang sesuai untuk pelajar lemah dan yang cepat bosan bila belajar. Semua tips ni terbukti berkesan melalui pendekatan akaun visual.
1. Mula Dengan Soalan, Bukan Baca Nota
Ramai pelajar mulakan ulangkaji dengan baca nota berulang kali. Tapi sebenarnya, otak kita lebih cepat ‘bangun’ bila disoal.
- Maksudnya?
- Jawab soalan dulu — baru semak dengan nota akaun. Cara ni bantu kita ingat berdasarkan keperluan, bukan sekadar baca kosong. Bila kita jawab dulu, otak akan “terbuka” dan mula cari jawapan secara aktif.
✅ Cara mula :
- Pilih 5 soalan daripada topik tertentu
- Cuba jawab ikut logik sendiri
- Semak semula jawapan dengan nota

2. Pecahkan Topik Akaun Ikut Hari
Topik akaun luas, jangan hadap semua serentak! Bahagikan topik kepada section kecil setiap hari.
✅ Contoh :
- Isnin – Pengenalan Syarikat Berhad & Dividen Tunai
- Selasa – Formula Modal dan Dividen, Soalan Asas
- Rabu – Soalan KBAT dan Objektif
Bila pelajar ulangkaji sedikit tapi konsisten, ilmu akan lebih kekal dalam ingatan. Yang suka belajar guna Flashcard, awak boleh belajar mahirkan pemahaman pengiraan Dividen dengan Modul Syarecard 🤩
3. Tampal Nota di Tempat Biasa Lihat
Teknik ni simple tapi sangat berkesan!
✅ Contoh Lokasi :
- Dinding meja belajar
- Pintu almari baju
- Dinding sebelah katil
- Cermin bilik (serius berkesan!)
Nota yang ditampal ni biar ringkas tapi padat. Lagi bagus kalau guna paper berwarna dan gunakan variasi ikon & warna pen. Bila pelajar tengok hari-hari, otak akan ulang secara automatik tanpa sedar!

4. Rekod Suara Sendiri Baca Nota Akaun
Kalau jenis cepat bosan tengok buku, cuba rakam suara sendiri baca nota — kemudian dengar semula masa lapang. Ini powerful untuk audio learner!
✅ Contoh :
- Rakam suara sebut kesan akaun semasa bila (+) atau (-)
- Baca semua pendapatan dan perbelanjaan modal dan hasil
- Cuba ingat item di bahagian debit dan kredit ada item apa?
- Ulang semula rakaman semasa makan, rehat atau nak tidur
5. Kuiz Harian Guna Flashcard/Taskcard
Jangan tunggu minggu terakhir SPM baru ulang semua nota akaun!
Ulang secara konsisten — 5 minit. Cukup untuk bantu kekalkan memori.
✅ Contoh :
- Flashcard warna ikut jenis akaun
- Soalan pendek di hadapan, jawapan di belakang
- Sesuai bawa ke mana-mana
- Boleh guna Modul Syarecard . Ada nota visual plus video lagi!
Penutup
Ulangkaji akaun bukan sekadar baca nota semata-mata. Tapi, ulangkaji yang berkesan adalah ulangkaji ringkas tapi mampu buat kita ingat ilmunya dan ia bertahan dalam ingatan lebih lama.
Buktikan, awak juga mampu genggam A+ dalam tangan!
