7 Checklist EZI Formula Akaun : 7 Panduan Ulangkaji Pantas Rumus Penting Basic Akaun!

Akaun tetap nampak susah nak hadam walaupun dah ulangkaji banyak kali? Ramai pelajar mengaku — akaun ni bukan susah, cuma serabut! Bila nak mula ulang kaji pun tak tahu nak mula dari mana. Ada yang hafal rumus, tapi bila jumpa soalan sebenar, terus blur.

7 Panduan Ulangkaji Pantas Rumus Penting Basic Akaun!

Sebelum Cikgu Akin share 7 Checklist Formula Ezi Akaun, meh cikgu share dulu 7 Panduan Ulangkaji Pantas Rumus Penting Basic Akaun, satu cara akaun visual yang bantu pelajar faham “flow” asas akaun dengan pantas tanpa perlu hafal membuta tuli.

Apa Itu EZI Formula Akaun?

EZI = Explore, Zoom In, Interactive
Ia dibina khas untuk pelajar yang suka belajar gaya visual — bukan teori semata. Setiap langkah disusun ikut urutan sebenar kitaran perakaunan, supaya awak nampak hubungan antara akaun dan logik.

❤️ Mudah untuk awak ExploreZoom In dengan Teknik Belajar yang Interaktif.

Ini kerana otak manusia lebih cepat catch up simbol dan warna, berbanding tulisan biasa.

1️⃣ Faham Beza Duit Sendiri / Perniagaan

Akaun sebenarnya cerita tentang pergerakan aset, liabiliti, hasil, belanja dan ekuiti pemilik. Bukan hanya tentang pergerakan duit masuk dan keluar semata-mata. Contoh :

  • Bila sebut Akaun Tunai (Aset) : ianya tentang duit masuk (+) dan duit keluar (-)
  • Bila sebut Akaun Perabot (Aset) : Ianya tentang perabot dalam perniagaan. (+) bila dibeli, (-) bila dijual.
  • Bila sebut Akaun Gaji (Belanja) : Ianya tentang kerugian. (+) bila makin dibayar, (-) bila belanja tersalah rekod.

📌 Tip : Biasakan letak simbol (+) dan (-) di setiap Akaun Lejar yang dibuka.

2️⃣ Kenal Jenis Akaun & Klasifikasi

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja — 5 kumpulan utama.
Ramai pelajar tersilap sebab tak tahu akaun mana masuk kumpulan mana.

  • Gunakan teknik warna dari akaun visual untuk mapping setiap kumpulan.
  • Bila otak nampak visual, ingatan lebih kekal.

3️⃣ Faham Kitaran Perakaunan

Gunakan carta akaun visual supaya lebih nampak flow dan steps dalam perakaunan.

  • Dari dokumen / transaksi → catatan jurnal → lejar → imbangan duga → penyata kewangan.
  • Ini antara topik paling penting untuk ulang kaji pantas sebelum exam.

4️⃣ Ingat Rumus Penting (7 Checklist Formula EZI Akaun)

Rumus Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik tu wajib tahu!

  • Tapi jangan sekadar hafal!
  • Faham kaitan setiap rumus dengan akaun sebenar.
  • Kerana setiap topikal yang diulangkaji ada rumus-rumus tertentu yang perlu awak tahu dan ingat!

5️⃣ Master < Misi 10 Objektif >

Ulang kaji tanpa latihan ibarat masak tanpa rasa.

  • Masterkan ilmu teori dan praktikal awak dengan buat 10 Set Soalan Objektif
  • Konsisten buat < Misi 10 Objektif > supaya mahir soalan-soalan cliche’
  • Biasanya markah soalan objektif boleh naik atas 30-35/40 dalam masa sebulan sebab awak bukan sekadar baca, tapi buat dan nampak sendiri proses memahami.

🔥 Tips MAHIR : Buat Set 1 – Semak – Bertanya jika kurang pasti – Take note kesilapan – Buat set 2 – ulang cara sama – Ulang hingga Set 10.

🔥 Challenge diri buat dalam masa sebulan.

6️⃣ Latih Diri Buat Penyata Kewangan Slowly & Practically

Ramai pelajar skip langkah. Jangan!

Ramai pelajar rasa serabut sebab banyak step. Kejayaan tak datang sekelip mata! Ianya proses yang perlu dinikmati dan dijalani perlahan-lahan.

7️⃣ Discover your Learning Style

Ada yang biasa study dalam group. It works. Teruskan.

If tak biasa, jangan paksa ikut trend. Awak selesa belajar Akaun sendiri. Lagi senang faham? Teruskan. Ambil masa untuk diri sendiri.

  • Jadikan E-Learning AkaunTactic sebagai Best Buddies awak masa ulangkaji topikal Prinsip Akaun Tingkatan 4 & 5.
  • AkaunTacticKoleksi Tutorial Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5.
  • Ebook, Video dan bahan dah disusun ikut cara menjawab paling mudah dan step by step supaya awak boleh buat semula dengan yakin dengan pace masing-masing!
  • Study juga Shorts AkaunTactic bantu lancarkan proses memahami dalam sesi ulangkaji.

Penutup – Dari Blur Jadi Faham, Dari Hafal Jadi Ingat

Ingat — Akaun bukan tentang menghafal.

Ia tentang memahami bagaimana logik bekerja dalam urusan harian. Akaun visual membantu otak kanan dan kiri bekerja serentak — Bila keduanya aktif, pelajar bukan saja faham akaun, tapi ingat lebih lama. Itulah sebab ramai pelajar SPM guna nota akaun visual sebagai senjata ulang kaji last minute.

Belajar Akaun tak perlu stress — bila belajar cara EZI, semuanya jadi senang!”

Setuju?


Ditulis oleh,
Cikgu Akin 💛
Akaun Visual & E-Learning AkaunTactic
— Bantu pelajar faham Akaun dari asas dengan cara kreatif dan interaktif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *