Ini antara situasi yang paling kerap berlaku semasa mengajar Akaun Kawalan Belum Terima & Akaun Kawalan Belum Bayar.
Pelajar boleh buka Akaun T dengan betul, tetapi apabila diberi senarai transaksi, mereka terus keliru. Akhirnya, transaksi yang sepatutnya masuk ke sebelah debit dimasukkan ke kredit, atau lebih teruk, dimasukkan ke akaun kawalan yang salah.

Bila diperhatikan semula, rupanya masalah mereka bukan pada format.
Mereka tidak benar-benar faham mengapa sesuatu transaksi menambah atau mengurangkan baki Akaun Belum Terima (pelangan kredit) dan Akaun Belum Bayar (pembekal kredit). Sebab itu apabila soalan diubah sedikit, apa yang dihafal terus rasa macam tak membantu.
Kalini saya gunakan pendekatan tema Puzzle untuk kukuhkan pemahaman student iaitu Brainy Puzzle.
Daripada terus mengisi Akaun T, pelajar perlu membaca setiap transaksi, berbincang dengan rakan dan menentukan ke mana transaksi itu patut dikelaskan terlebih dahulu. Selepas mereka faham logiknya, barulah proses melengkapkan Akaun Kawalan menjadi jauh lebih mudah.
Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan kelas lebih aktif, malah membantu pelajar membina kefahaman konsep yang lebih kukuh dalam Prinsip Akaun Tingkatan 4.
Kenapa aktiviti ini sesuai digunakan?
✔️ Mudah dicetak.
✔️ Membantu pelajar mengelaskan transaksi dengan lebih yakin.
✔️ Menggalakkan perbincangan dan pembelajaran berkumpulan.
✔️ Sesuai sebagai Aktiviti Pengukuhan selepas sesi penerangan.
✔️ Mengurangkan kebergantungan pada hafalan.
✔️ Menjadikan topik Akaun Kawalan lebih fun dan mudah faham.
Jika cikgu sedang mencari Aktiviti Prinsip Perakaunan atau bahan PdP Akaun yang boleh membuat pelajar benar-benar faham aliran transaksi, cuba gunakan aktiviti Brainy Puzzle ini.
Baca : 5 Tips Buat Nota Impactful dan Kekal Lama Dalam Ingatan
Klik untuk Download Aktiviti PERCUMA. Jemput gunakan bersama pelajar dalam kelas. Semoga ia memberi pengalaman berbeza. Dan menjadikan kelas cikgu lebih interaktif &menyeronokkan!

