10 Nota Penting Akaun Untuk Pelajar SPM

10 Nota Penting Akaun Untuk Pelajar SPM cikgu akin spmflix cmn digylearn

Pernah berada dalam situasi “Tak pasti nak mula ulangkaji dari mana..” Ini antara keluhan biasa pelajar SPM setiap tahun. Buku rujukan tebal, nota berterabur, topik pun banyak! Hakikatnya, awak tak perlu hafal semua pun. Cukup kalau tahu nota paling penting yang selalu keluar dalam exam.

10 Nota Penting Akaun Untuk Pelajar SPM

Dalam artikel ni, Cikgu Akin senaraikan 10 nota penting akaun untuk pelajar SPM – disusun agar mudah ingat, mudah faham dan terus boleh guna waktu ulangkaji!

1. Persamaan Perakaunan Asas

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

βœ… Ini asas utama akaun. Guna kad akaun visual untuk bantu faham kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti. Kalau tak ingat yang ini, memang susah nak ke topik lain.

the baesic map cikgu akin cmn digylearn prinsip perakaunan spm spmflix nota prinsip akaun

πŸ‘‰ Cikgu juga susun Nota Asas Akaun dalam Syok-Count dan 8 Langkah Praktikal untuk penyediaan Persamaan Akaun. Video pun ada, tonton di sini.

2. Lima Jenis Akaun Utama

  1. Aset
  2. Liabiliti
  3. Ekuiti Pemilik
  4. Hasil
  5. Belanja

βœ… Boleh gunakan BAD = LEH sebagai akronim susunan Kategori Akaun. Ohya! BAD=LEH ni Cikgu Akin guna dari zaman sekolah lagi. Pelajar boleh gunakan juga untuk bantu otak ingat lebih cepat!

3. Kesan Debit dan Kredit

Bukan semua akaun bertambah di belah debit!
βœ… Ingat BAD = LEH :

  • Belanja dan Aset (+) di debit
  • Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil (+) di kredit

4. Catatan Bergu

Setiap transaksi mesti ada dua akaun terlibat :

  • Satu debit
  • Satu kredit

βœ… Guna latihan padanan akaun visual untuk kuasai topik ini. Lagi mudah bila pelajar nampak gambar dan simbol untuk setiap akaun. Kuasai topik ini, topik Penyata Kewangan akan lebih mudah!

5. Dokumen Perniagaan

Nota penting sebab selalu keluar dalam Bahagian A!
βœ… Contoh :

  • Invois β†’ jualan / belian secara kredit
  • Resit β†’ pembayaran / penerimaan tunai / bank
  • Baucar tunai β†’ bayaran tunai keluar

Nota dalam akaun visual ada imej sebenar setiap dokumen – bukan sekadar definisi.

Bab ni paling Cikgu Akin suka dan Enjoy nak ajar student sebab boleh ajar terus dengan topik BCP dengan PiDi Kit. Love this!

6. Buku Catatan Pertama

Pelajar SPM kena tahu beza antara :

  • Jurnal Am
  • Jurnal Belian / Jualan / Pulangan Belian / Pulangan Jualan
  • Buku Tunai 3 Lajur
  • Buku Tunai Runcit

7. Buku Lejar & Imbangan Duga

Nota penting yang ramai pelajar keliru. Pelajar boleh guna kertas T-Account siap tanda dan ruang label. Sangat sesuai untuk latihan dan semakan sendiri.

  • Ramai pelajar rasa topik Lejar ni susah
  • Sebenarnya, topik ni bukan susah tapi, hanya leceh
  • Sebab banyak akaun perlu dibuka untuk seimbangkan tiap urus niaga

8. Penyata Pendapatan ( AP & UR)

Pelajar mesti tahu antara formula famous :

  • Untung / Rugi Kasar = Jualan β†’ (-) Kos Jualan
  • Untung / Rugi Bersih = Hasil β†’ (-) Belanja
  • Modal Kerja = Aset Semasa β†’ (-) Liabiliti Semasa

9. Pelarasan & Akaun Nominal

Topik pelarasan selalu keluar Bahagian B atau C. Wajib!
Fokus pada nota pelarasan :

  • Hutang lapuk, Hutang lapuk terpulih
  • Susut nilai ABS
  • Pelupusan ABS
  • Akaun Nominal – Belanja belum bayar, hasil belum terima
  • Dan lain-lain

Jika awak masih lemah lagi topik ni. Cadangan cikgu, belajar sampai faham dulu perbezaan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan.

10. Penyata Kedudukan Kewangan (PKK)

Topik akhir yang selalu student keliru. Tapi bila guna pendekatan akaun visual, pelajar lebih yakin!

βœ… Guna Aktiviti sesuai untuk masalah student tertentu :

  • Alphabet Code : Aktiviti bantu student tahu beza item yang masuk AP dan UR
  • Chosen Shape : Aktiviti bantu student tahu beza item yang masuk AP, UR dan PKK

Penutup

Nota akaun tak perlu panjang berjela. Cukup kalau student faham, ringkas dan senang diulangkaji. Dengan bantuan nota akaun visual, pelajar SPM boleh ulangkaji dengan lebih santai tapi tetap berkesan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *