Stress masa ulangkaji ni normal je guys. Bukan sebab awak malas atau tak bijak. Selalunya sebab cara study tak selari dengan cara otak berfungsi. Cikgu nak kongsi 3 tips study yang paling praktikal, paling realistik dan khas untuk bantu pelajar SPM belajar dengan lebih tenang dan tak burnout.
3 Tips Bijak Ulangkaji Tanpa Stress
Kalau Cikgu dapat bantu sorang pelajar ringankan beban masa study, itu pun dah satu nikmat.
1. Buat “Micro-Target”, Bukan Target Besar!
Ramai pelajar buat silap yang sama :
➡ “Minggu ni nak study 10 jam.”
➡ “Esok nak ulang semua topik Akaun.”
➡ “Nak hadam bab 1 sampai bab 3 dalam satu malam.”
Hasilnya? Yillek!
❌ Stress naik!
❌ Motivasi drop!
❌ Mood study hilang!
Sebabnya mudah → otak tak suka target besar.
Otak manusia lebih responsif kepada kemenangan kecil.
Jadi Cikgu cadangkan pelajar guna micro-target, iaitu pecahkan tugasan besar kepada unit-unit kecil.
📌 Contoh micro-target yang sihat :
- Buat 2 soalan imbangan duga
- Hafal 3 rumus penting
- Ulang 1 muka Nota Akaun Visual
- Tonton 1 video pendek dalam E-learning Akauntactic
📌 Kenapa tips study ini berkesan?
- Tak buat otak panik
- Pelajar lebih fokus
- Rasa “success” cepat → semangat naik
Baca lagi : 10 Nota Penting Akaun Untuk Pelajar SPM

2. Tukar Style Study “Mood Energy”
Ramai pelajar suka paksa diri ikut jadual rigid :
“Subuh = subjek membaca”
“Waktu malam = subjek susah”
“Petang = ulang nota / subjek kira-kira”
Tapi realitinya → tenaga manusia tak sama setiap masa.
Kalau penat, otak tak boleh proses kerja berat walaupun masa tu “waktu study”.
So gunakan kaedah Mood Energy Study :
🔸 Energy Rendah (Penat/Ngantuk)
- Waktu balik sekolah, petang, energy drained
- Baca ringkas nota / Nota Akaun Visual
- Tonton 5 minit Akauntactic Shorts
- Highlight rumus / formula penting
- Susun jadual belajar harini dan esok
🔸 Energy Sederhana
- Buat latihan mudah atau ulang topik yang dah biasa.
- Buat soalan Objektif dalam 30 minit, 5 minit rehat, 25 minit sambung.
🔸 Energy Tinggi (Otak Fresh)
Inilah masa paling power untuk :
- Buat nota subtopik susah / KBAT
- Buat analisis kesilapan & jot down notes as reminder
- Buat revision akaun yang berat / KBAT
- Jawab soalan percubaan SPM
📌 Kenapa tips study ini powerful?
- Pelajar tak stress bila energy low
- Study jadi ikut fitrah diri
- Lebih senang kekalkan konsisten
3. Cuba “Decoding Notes”, Bukan Copy Notes
Pelajar selalu fikir : “Kalau nak ingat, kena salin nota banyak.” Hasilnya → tulisan kemas, tapi otak kosong.
Decoding Notes ialah teknik memecahkan nota kepada 3 soalan penting :
- Apa maksud?
- Macam mana guna?
- Apa contoh?
- Senarai 3 metod?
- Kenapa ini debit?
Contoh simple — topik Aset :
- Maksud → harta dimiliki perniagaan
- Kedudukan → di debit
- Contoh → tunai, perabot, premis
📌 Kenapa tips study ini sesuai untuk pelajar lemah?
- Otak tak overload
- Proses kefahaman lebih cepat
- Bila faham, baru senang nak buat latihan akaun
- Less stress, lebih yakin

Penutup
Belajar bukan tentang siapa paling lama menelaah. Tapi siapa paling faham cara otak dia bekerja 💛
