Siapa Pengguna Penyata Kewangan? Cuba Aktiviti Ni!

Siapa Sebenarnya Pengguna Penyata Kewangan Aktiviti Accounting Detective by Cikgu Akin Akaun Visual Academy Prinsip Akaun SPM Tutor Akaun SPM

Kalau cikgu pernah mengajar topik Pengguna Penyata Kewangan, mungkin cikgu pernah dengar jawapan seperti ini.

“Boleh saya hafal je cikgu?”

Masalahnya, bila soalan diubah sedikit atau diberi situasi sebenar, ramai pelajar terus keliru. Mereka tahu nama pengguna, tetapi tidak pasti siapa yang perlukan penyata kewangan dan mengapa.

Sebenarnya, ini bukan kerana pelajar tidak belajar.

Mereka cuma terlalu bergantung pada hafalan. Sedangkan topik Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 ini lebih mudah difahami apabila dikaitkan dengan situasi dunia sebenar. Apabila pelajar melihat peranan bank, pemilik, pembekal atau kerajaan dalam sesuatu perniagaan, mereka lebih mudah membuat perkaitan dan mengingatinya.

Sebab itu saya lebih gemar menggunakan aktiviti berbentuk permainan seperti Accounting Detective berbanding hanya membaca nota atau membuat latihan biasa.

Pelajar perlu mencari petunjuk, berbincang dengan rakan dan mengenal pasti siapakah pengguna penyata kewangan yang paling sesuai berdasarkan situasi yang diberi. Tanpa sedar, mereka sebenarnya sedang membina kefahaman konsep, bukan sekadar menghafal jawapan.

Kenapa guru suka gunakan aktiviti ini?

✔️ Mudah dicetak dan terus digunakan dalam kelas.
✔️ Sesuai aktiviti individu atau berkumpulan.
✔️ Menggalakkan perbincangan dan komunikasi antara pelajar.
✔️ Membantu pelajar mengaitkan konsep dengan situasi sebenar.
✔️ Menjadikan topik teori lebih menarik dan tidak membosankan.
✔️ Sesuai dijadikan Aktiviti Prinsip Perakaunan sebagai pengukuhan selepas sesi pengajaran.

Jika cikgu sedang mencari bahan PdP Akaun yang ringkas tetapi membantu pelajar benar-benar memahami topik ini, aktiviti Accounting Detective boleh dijadikan salah satu pilihan.

Baca : 3 Tips Bijak Ulangkaji Tanpa Stress

Klik untuk Download Aktiviti PERCUMA. Jemput gunakan bersama pelajar dalam kelas. Semoga ia memberi pengalaman berbeza. Dan menjadikan kelas cikgu lebih interaktif &menyeronokkan!

Kongsi Pengalaman Guna Funsheet
Download Aktiviti
Funsheet Activity Cikgu Akin Akaun Visual Academy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *